Bukan main seronok balik Baling, kebetulan pulak pilihan raya. Meriah sungguh dengan perang poster dan berdera.
Bukan setakat bendera dan poster, siap ada giant bendera (Pas), model kapal terbang & helikopter pakai kertas, bendera, kayu dan buluh(dahsyat tue!). Sepanjang jalan dihiasi dengan bendera Pas dan Umno. Suasana macam ni tak dapat kita lihat kat KL. Kreatif, unik dan penuh semangat :)
Bebi Qis pun semangat jugak bila nampak kiri kanan jalan ada bendera bulan dan kati. Siap angkat tangan ala-ala wakil rakyat gitu.
Ops! Qis dah boleh berdiri tanpa bantuan ibu dan ayah. Punyalah seronok sampai mandi pun nak berdiri sendiri. Confident jer, padahal kaki belum cukup kuat he.. he.. he.. lawak pulak tengok aksi dia. Ada la dua tiga kali dia melangkah tapi lepas tu jatuh.
Apapun, tahniah puteri kesayangan ibu & ayah sebab berani dan yakin melalui fasa baru. Lepas ni bolehlah main kejar-kejar dengan ibu ;)
Kali ni kami sempat meronda di Kuala Kedah (beli ikan segar di jeti), sempadan Thailand di Pengkalan Hulu (Kroh) dan menikmati kesejukan air Lata Bayu di kampung kesayanganku, Asam Jawa, Baling, Kedah.
Ini dia antara momen menarik qis di kampung, Kuala Kedah dan Lata Bayu...
Monday, March 17, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)