Saturday, April 5, 2008

Friday, April 4, 2008

1st Time Qis memanjat


Ini dia aksi 'magic' bebi qis. Terkezut ayah & ibu! Yeeeea... Qis dah besar. Location: No.60, Kg Asam Jawa, 09100 Baling. Date: 10 Mac 2008

Tuesday, April 1, 2008























1st Time Qis mandi di Lata Bayu, Baling

Tak sangka Qis seronok berendam di Lata Bayu. 1st time pegi lata, qis takut air tapi sekarang bukan main syok lagi dia main air. Best giler, air terjun lata Bayu jernih dan sejuk.
Ramai yang datang berkelah. Qis jadi perhatian abang dan kakak cilik. Lebih-lebih lagi abang bulat, bukan main asyik dia mengagah dan cubit pipi qis. Siap ajak mandi sama.
Kelakar tengok qis main air, sampai tak mau berhenti mandi. Tapi budak kecik tak bleh mandi lama2, sejuk...
Ini antara koleksi gambar qis, ibu dan ayah di Lata Bayu ;)



Wakil Rakyat Cilik turun padang pada PRU2008


Monday, March 17, 2008

yahoo... balik kampung

Bukan main seronok balik Baling, kebetulan pulak pilihan raya. Meriah sungguh dengan perang poster dan berdera.
Bukan setakat bendera dan poster, siap ada giant bendera (Pas), model kapal terbang & helikopter pakai kertas, bendera, kayu dan buluh(dahsyat tue!). Sepanjang jalan dihiasi dengan bendera Pas dan Umno. Suasana macam ni tak dapat kita lihat kat KL. Kreatif, unik dan penuh semangat :)
Bebi Qis pun semangat jugak bila nampak kiri kanan jalan ada bendera bulan dan kati. Siap angkat tangan ala-ala wakil rakyat gitu.
Ops! Qis dah boleh berdiri tanpa bantuan ibu dan ayah. Punyalah seronok sampai mandi pun nak berdiri sendiri. Confident jer, padahal kaki belum cukup kuat he.. he.. he.. lawak pulak tengok aksi dia. Ada la dua tiga kali dia melangkah tapi lepas tu jatuh.
Apapun, tahniah puteri kesayangan ibu & ayah sebab berani dan yakin melalui fasa baru. Lepas ni bolehlah main kejar-kejar dengan ibu ;)
Kali ni kami sempat meronda di Kuala Kedah (beli ikan segar di jeti), sempadan Thailand di Pengkalan Hulu (Kroh) dan menikmati kesejukan air Lata Bayu di kampung kesayanganku, Asam Jawa, Baling, Kedah.
Ini dia antara momen menarik qis di kampung, Kuala Kedah dan Lata Bayu...

Tuesday, February 26, 2008



Ini lagi... Siap ternganga lagi. Masa ni, dia mengusik ayah dia :) Buah hati ibu dan ayah ni memang menghiburkan!

Sabtu lepas, kami balik ke Kepong. Dah lama pah & atuk tak jumpa Qis. Kebetulan ayah ngah pun balik, bukan mainlah qis posing depan kamera. Inilah antara hasil kreativiti ayah ngah :)