Tanggal 13 Mac 2007, jam 5.57 petang lahirlah puteri kesayangan, Balqis Qistina dengan berat 4 kg di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur. Titisan air mata kegembiraan sudah cukup untuk mentafsirkan betapa saat ini dinanti ayah dan ibu. Qis jadi perhatian ramai, terutama kakitangan hospital yang geram dengan tubuh Qis yang montok. Oops... kalau nak tahu, Qis, baby paling tembam dan 'besar' dalam bilik baby ketika itu. Dua minggu selepas dilahirkan, ibu dan Qis pulang berpantang di Baling. Kesian ayah, tinggal sorang-sorang di Kuala Lumpur. Setiap hujung minggu ayah balik menjenguk kita di kampung. We Love U ayah!...